KK Airport 11 Ogos 2012.
Bagi kebanyakan orang menunggu adalah aktiviti yang kurang sihat dan tidak menambahkan produktivi kerana hanya diisi dengan kebosanan. Apatah lagi melihat ada tanda-tanda aktivti itu akan berterusan untuk jangka waktu yang lebih lama. Semoga tidak ada sesiapa yang menunggu untuk aku menulis di blog ini kerana selepas tulisan ini entah tahun bila akan aku kembali menulis. Orang lain hari-hari update blog, aku setahun sekali dah kira bagus. Mujurlah masih ingat kata laluan.
Kota Kinabalu, entah kali keberapa aku sudah menjejakkan kaki. Semuanya kerana tugasan, belum pernah berpeluang untuk menyusuri alam semestanya yang masih utuh bertahan. Masih belum berkesempatan untuk mendongak memandang tingginya Gunung Kinabalu. Belum diberi peluang untuk menyelami dasar lautannya yang suci. Airport, Waterfront, Pasar Filipina sangat akrab kerana hanya tempat inilah selalu dikunjungi menjadi tempat tinggal sementara, mengisi perut dan membawa pulang sedikit cenderamata untuk isteri dan anak-anaknya. Selainnya adalah tempat yang ada kaitannya dengan tugasan. Sabah, Semoga suatu hari nanti aku kembali tanpa tugasan yang menjadi beban.