Tuesday, October 19, 2010

Yang Gah dan Gagah

Melalui penulisan, aku telah mengenali beberapa nama yang kini gah di persada kesusasteraan tanahair. Mereka telah jauh mendaki ke puncak gunung meninggalkan aku yang masih berada di tebing yang sama. Mengukir nama bukan sahaja sebagai seorang penulis tersohor tetapi juga mengungguli persatuan penulis yang gah dan gagah. Karya dan nama mereka kerap terpampang di media, memenangi pelbagai sayembara dan anugerah, menyertai pelbagai persidangan di dalam dan di luar negara. Bangga kerana aku pernah mengenali mereka dan mungkin mereka juga masih mengenali aku.


Pernah juga ada yang bertanya, kenapa aku tidak menyertai persatuan penulis. Ada beberapa sebab dan alasan. Entah yang mana satu betul. Sehingga kini aku tidak pernah menulis borang untuk mendaftarkan diri di mana-mana persatuan penulis. Pertama, mungkin aku merasakan tidak mampu untuk memberikan sumbangan kerana kecetekan pengetahuan dan juga terbatasnya karya yang pernah dihasilkan. Malahan aku tidak pernah mengiktiraf diri sendiri sebagai penulis. Keduanya pula, berbalik kepada sebab yang pertama.


No comments: