Kalau nak kerja di pejabat orang putih, kenalah tahu bercakap bahasa mereka. Kalau tidak susah sikit, apatah lagi kalau mengidam jawatan tinggi. Memang masuk akal sebab mereka menjadi tuan ketika itu. Itu cerita zaman penjajahan Inggeris. Cerita dulu-dulu... kini tinggal sejarah. Sekarang kita bertuankan bangsa kita sendiri di bawah kibaran Jalur Gemilang. Bahasa rasmi bukan lagi bahasa penjajah, tetapi Bahasa Melayu yang dikuasai oleh semua bangsa. Bangganya kita bahasa ibunda kembali berkuasa sejak kejatuhan Empayar Melaka.
Kita sudah lama merdeka, lebih 50 tahun. Setiap kali ulang tahun kemerdekaan, kita pun menjerit 'merdeka', 'merdeka'. Tidak kira Melayu, Cina atau India semua menyebut perkataan yang sama. Kita sudah merdeka! Tidak lagi diperintah oleh orang Inggeris. Kita bangga menyebutnya. Kita mahu menjadi 1Malaysia. Kita mahu mengagungkan bahasa sendiri. Kita mahu membuang label tidak mampu berdikari. Keinginan murni yang sering dilaung-laungkan. Kita sudah membuktikan bahawa keinginan itu bukan hanya dalam mimpi. Kita sudah menjadi bangsa yang maju, yang tidak memerlukan 'tuan' untuk menuntun langkah.
Percaya atau tidak, kita tidak mampu untuk membuang sisa-sisa penjajahan yang semakin melekat. Kita tidak kisah mendengar sesama kita menggunakan Bahasa Melayu tunggang-langgang. Biarlah. Tapi kita akan mentertawakan orang yang salah menyebut perkataan Inggeris. Seumpama orang itu tidak berilmu.
Di sekolah, kita menentang penggunaan Bahasa Inggeris secara berleluasa. Pelajar harus mengagungkan Bahasa Melayu sehingga mereka terjaga sebaik sahaja memulakan kerjaya. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa Bahasa Inggeris lebih berharga. Kebanyakan urusan menggunakan Bahasa Inggeris walaupun sesama syarikat tempatan. Malahan di sesetengah agensi kerajaan, Bahasa Inggeris seakan diutamakan walaupun dasar kerajaan menetapkan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang harus diutamakan.
Tidak janggal mendengar taklimat diberikan dalam Bahasa Inggeris baik di syarikat swasta mahu pun GLC. Bahasa Melayu semata-mata untuk berhubung dengan agensi kerajaan. Fungsi Bahasa Melayu seakan semakin mengecil, semata-mata kerana dasar kerajaan, bukannya kerana kebanggaan!